Untuk pengetahuan semua anggota, saya dengan sedia maklum mengumumkan bahawa, kami memerlukan lebih ramai lagi ahli moderator bagi mengendalikan forum ini. Dengan ini, kami memerlukan:-
- Tahap 3 = 20 orang
- Tahap 2 = 20 orang
- Tahap 1 = 20 orang
Hal ini berikutan dengan penambahan kategori dalam forum suksis ini. Hal ini juga bagi menarik minat para anggota untuk menyertai forum ini disamping dapat berkenal-kenal sesama anggota, kita juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan.
Oleh itu, kami mencari anggota yang sukarela dan mampu memenuhi kriteria seperti dibawah ini:-
- Kekerapan online minimum 5 hari seminggu
- Boleh menyumbangkan idea, artikel dan sebagainya
- Tahu sedikit sebanyak tentang pengendalian forum
- Mampu menarik ramai anggota menyertai forum
- Mampu meyakinkan anggota akan manfaat yang akan diperoleh bila menyertai forum ini
Kami sekali lagi memohon kepada semua anggota agar menyertai forum ini. Hehehe...Paling kurang pun ada orang akan kenal anda. Bolehlah merapatkan lagi ukhwah sesama kita.
Sebarang pertanyaan bolehlah emailkan pada saya atau private message pada saya.
Ikhlas dari,
KS 72132
Iffatul Izzat B. Awang Hamat (administrator)